Halloooo.....
Postingan kali ini sedikit iseng sih sebenernya. Iseng googling maksudnya, terus menemukan artikel ini. Mungkin hampir sebagian atau bahkan semua orang di dunia ini pernah berbohong. Saya sendiri pun pernah berbohong. Hehehehe. Bagi saya, sekali berbohong tetap berbohong. Walaupun itu di bilang berbohong demi kebaikan. Setiap orang yang melakukan kebohongan berarti orang itu sudah mengecewakan seseorang yang sudah mempercayainya. Tak dapat di pungkiri memang , jika berkata jujur itu menyakitkan. Tapi ada kalanya jujur itu lebih baik. Terdengar naif memang., tapi itu benar adanya.
Saya punya tips untuk dapat mengenali ciri - ciri orang yang sedang berbohong. Saya pun pernah mengalamin beberapa dari ciri - ciri tersebut. Hahahaha *Ketahuan dehhh...
Nih dia ke-14 tips dalam mencari tahu orang - orang yang sedang berbohong :
1. Tidak mampu bertentang mata
Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah
dengan melihat wajah mereka. Terutama di mata. Biasanya orang yang sedang
berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda. Si dia juga
semakin sering mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15
hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu, tegang dan berbohong, kadar
stres yang meningkat akan menyebabkan si dia lebih banyak mengerdipkan mata.
2. Perubahan suara
Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada bicaranya,
jika sedang meninggi, ertinya sebuah dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat
juga suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang lama.
3. Menggaru-garukan bahagian tertentu
Cara paling mudah mengesan pembohongan adalah melalui
gerakan tangan. Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan. Tapi ada
satu yang sering mereka lakukan iaitu menggaru dibahagian tertentu. Biasanya
tidak kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya.
4. Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada
hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga
dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan
kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang
diselindungkannya.
5. Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka
cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya
merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
6. Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba
gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada
apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih,
pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi,
jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk
menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
7. Gerakan Kaki
Ketika pembohong sedang berdiri, kaki mereka mula mengetuk
ke tanah. Semasa pembohong sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan
mengayun-ayunkan kaki mereka.
8. Guna kata-kata sukar
Kajian menunjukkan orang yang berbohong menukar cara mereka
bercakap dan pilihan kata-kata mereka. Para pembohong biasanya menggunakan kata-kata
yang sukar difahami. Mereka jarang menggunakan kata ganti orang pertama dan
lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga. Sebuah kajian pada 2003 oleh
penyelidik di Universiti Texas menyimpulkan selain mengurangkan ayat orang
pertama (Saya, Aku), mereka juga menggunakan kata-kata yang memberi kesan
negatif.
9. Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah
posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi
resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
10. Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka
apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari
segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong.
Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
11. Muka kelihatan bingung.
Si pembohong akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu
yang sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.
12. Menggelabah jawab pertanyaan spontan
Seseorang yang senang berbohong, kerap kali sudah
menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang
yang akan dibohongi agar semuanya berjalan sempurna. Untuk
mengetahuinya,cubaanda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat
dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk menjawab
pertanyaan seperti ini.
13. Cerita Panjang Lebar
Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang
cerita sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap
memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin bahawa anda akan percaya dengan
cerita panjang yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka
melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk disampaikan.
14. Enggan Duduk Berdekatan
Keengganan seseorang duduk berdekatan dengan anda juga boleh
menjadi tanda dirinya sedang berbohong. Akibat rasa bersalah, pembohong sejati
tidak suka berdekatan dengan orang dibohongi.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada
seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak
badannya dengan teliti. Bahasa badan sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong
atau tidak. Perubahan sikap dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang
tersebut berbohong.
Jadi... Apakah mereka berbohong?
Sekian postingan saya hari ini. Terima kasih atas
kunjungannya. Jangan bosan – bosan yah :D
Sumber : http://www.usahawan.com/santai/14-tanda-pembohong.html
"God Bless You"